Wednesday, July 3, 2013

~Rahsia seorang ayah~



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH...

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahwa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"...Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah Univeriti untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi...tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan ayah pun berdoa "Ya ALLAH, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis ini bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita...

Sentiasa doakan kesejahteraan ibubapa kita...

Kepada yang telah kehilangan insan yang teristimewa ini...sedekahlah Al-Fatihah kepada arwah selepas membaca nukilan ini....

Kepada yang masih mempunyai seorang ayah...hargailah dan hormatilah mereka....

Kerana kita semua sayangkan ayah kita...

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, dan ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA.” - Hadis Riwayat Muslim

Mudah-mudahan kita semua akan diberikan kekuatan oleh-NYA..insya-ALLAH












pakat2 amalkan

  •  1 Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)   
 
  • 2Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

promote!!!!

lai..lai..lai..!! new stock..!!
KURUNG FLORAL..!!
HOT ITEM..!! - trend paling hangat masa kini..!!
size : free size..fit to size m..
material : cotton knitt/lycra..



cute gegirl..

kepuasan sudah melanda si tembam ni,,


pantang d tegur mulalah watmuke cam 2


b'basikal d ptg  yg indah,,




si tembam sudah x sabar utk mkan kek "birthday" nya



pergghhh







Asam_laksa

Bahan-bahan ( Kuahnya anggaran seperiuk berdiameter 20cm )

  • 1 bungkus laksa beras (direndam, rebus sehingga lembut dan toskan)
  • @@ BAHAN UNTUK KUAH @@
  • 7 ekor ikan selayang/sardine (Direbus dengan sedikit air+asam keping+garam dan ambil isi ikan~kisar guna air rebusan tadi)
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • 5~10 tangkai daun kesum (boleh dapat lebih kurang segenggam daunnya)
  • 2~3 keping asam gelugur/keping (Boleh kurangkan jika tak mau masam)
  • Garam secukupnya
  • -
  • *1 labu bawang besar
  • *1 kuntum bunga kantan
  • *10 tangkai cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • *sedikit belacan (kesemua *dikisar)
  • @@ UNTUK HIASAN @@
  • cili padi secukupnya (dipotong bulat2)
  • nenas (kupas, buang empulur dan cincang isinya)
  • Mentimun (kupas, buang empulur dan cincang/hiris nipis)
  • 1 labu bawang merah (potong membulat nipis nipis)
  • Beberapa biji limau kasturi
  • Beberapa biji telur rebus

Cara-cara

  1. Untuk Kuah : Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan isi ikan yang siap diblend.
  2. Masak sehingga mendidih..Perasan secukupnya dan terus merenih kuah sehingga kuantiti kuahnya menjadi 3/4 dari kuantiti asal.
  3. Untuk Menghidang : Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah secukupnya dan taburkan bahan2 hiasan/ulaman mengikut citarasa..Sedia di nikmati....Simple..

hurry up!!

Usaha tangga kejayaan..hihi...3bln 2ari finally afnan (ank saudara aq) da blh nerap